Amiriah Sicilia
Amiriah Sicilia

Amiriah Sicilia

Emiriah Sicilia merupakan sebuah kerajaan emiriah Islam yang terletak di pulau Sicilia yang mana wujud pada tahun 831 sehingga 1072.[1] Ibu kotanya adalah Palermo.Muslim mula menyerang pulau ini pada tahun 652, dan merampas kawalan seluruh pulau daripada empayar Byzantine dalam satu siri-siri konflik yang panjang bermula pada tahun 827 sehingga 902. Sebuah budaya Arab-Byzantine dibangunkan, menghasilkan satu negara pelbagai agama dan bahasa. Emiriah ini kemudian ditakluk oleh tentera upahan Norman Kristian di bawah Ruggero I dari Sicilia, yang mengasaskan Kaunti Sicilia pada tahun 1071.Muslim Sicilia kekal menjadi warganegara pelbagai etnik dan rakyat kepada Kerajaan Beraja Sicilia, sehingga mereka yang belum menukar agama Kristian diusir keluar pada tahun 1240-an. Sehingga akhir kurun ke-12, dan mungkin sehingga akhir tahun 1220-an, Muslim merupakan penduduk majoriti di Sicily[2][3][4][5][6] Pengaruh mereka masih kekal dalam beberapa unsur dalam bahasa Sicily, selain nama keluarga dan lokasi.

Rujukan

WikiPedia: Amiriah Sicilia http://www.amazon.com/gp/product/0781809096/ref=cm... http://www.bestofsicily.com/mag/art139.htm http://www.bestofsicily.com/mag/art171.htm http://concise.britannica.com/ebc/article-9377080/... http://www.initaly.com/regions/sicily/chronol.htm http://images.alwialatas.multiply.com/attachment/0... http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B0... http://www.stanford.edu/group/mountpolizzo/Handboo... http://www.imamreza.net/eng/imamreza.php?id=630 http://web.archive.org/web/20100821054137/http://w...